PROGRAM IKON ANAK SOLEH & SOLEHAH (Bersama PEPIAS Shah ALAM)

Sementara ibu ayah tekun menghadiri sesi Ukhuwah Circle yang lepas pada 12 Oktober, khalifah QLS meluangkan masa dengan Program “Ikon Anak Soleh & Solehah”, satu program hasil kerjasama Persatuan Generasi Ulul Albab dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Shah Alam.

Bermisikan tema menyemai tema “kepimpinan dalam Islam” dan nilai-nilai Islam dalam diri khalifah, harapanyya adalah khalifah QLS mampu menjadi ikon anak-anak yang soleh dan solehah.

Sambil berkenalan, sambil belajar. Abang dan kakak fasilitator memperkenalkan konsep ‘Taaruf’ (Berkenalan), ‘Tafahum’ (Memahami), ‘Taawun’ (Menolong ketika kesusahan) dan ‘Takaful’ (Menjaga kebajikan) dalam sesi ice breaking yang menarik.

Rentak program seterusnya beralih kepada aktiviti dalam kumpulan di mana kemahiran berfikir, tanggungjawab dan semangat berpasukan antara khalifah diasah. Kunci kejayaan adalah kerjasama antara pemimpin dan ahli-ahli kumpulan dalam mengharungi cabaran. 3 elemen utama dalam “kepimpinan” yang sempurna terdiri daripada ‘Qiyadi’ (Pemimpin), ‘Jundiy’ (Pengikut” dan ‘Khittah’ (perancangan) yang mana semuanya mempunyai peranan khusus masing.

Jazakumullahu khayr kepada pihak PEPIAS SHAH ALAM yang menyediakan modul yang menarik lagi kreatif untuk adik-adik khalifah QLS 😁 Semoga Allah memberi peluang untuk kita berkolaborasi lagi pada masa hadapan 💖