UKHUWAH CIRCLE: ABAH, BUKAN SEKADAR NAFKAH (Full Talk di YouTube)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Ustaz Qayyum membuka sesi dengan mengetengahkan amanah seorang bapa tidak terhad kepada hanya menyara keluarga, tetapi AMANAH termasuk – Akidah & Agama, Moral & Akhlak, Adil dalam Layanan, Nasihat, Ajar Tanggungjawab dan Hikmah dalam Kasih Sayang. Kesemua nilai-nilai ini dikupas daripada Surah Luqman yang padat dengan nasihatnasihat Luqman terhadap anaknya.

Antara elemen yang penting dalam perhubungan ibu dan anak juga adalah keberkesanan komunikasi; melaluinya kita boleh meluahkan rasa cinta melalui didikan. Pekara yang kecil memberi impak yang besar, mesej yang berkesan boleh menggoncang dunia seorang anak.

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Qayyum Abdul Raof dalam kesudian menyampaikan ilmu yang berharga kepada ibu bapa khalifah-khalifah pemimpin generasi hadapan 🙂 Saksikan video penuh sesi Ukhuwah Circle di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=450n7L7T1JQ

Leave a Reply