Marilah sama-sama

Infaq Online

SAHAM AKHIRAT

DANA OPERASI

Di atas niat menjadikan sekolah ini sebagai institusi infaq untuk ummat, DzQLS bergerak dengan sumbangan dari ibubapa pelajar dan juga masyarakat umum.

Yuran yang diwajibkan adalah sangat minima dan hanya menampung sekitar 1/3 kos sebenar.

Yuran minima ini memungkinkan anak anak dari peringkat pertengahan turut serta mendapat khidmat pendidikan kita. Bagi kesinambungan DZ Quranic Lifeschool, kita perlu menyemarakkan lagi maklumat tentang khidmat kita ini agar lebih ramai yang bersama-sama kita mendokong misi ini dari segi pemikiran, masa dan kewangan.

 

Model Kurikulum Wakaf

Model Kurikulum Waqaf ini adalah berdasarkan konsep Perkongsian Pintar ( Smart Partnership ) di antara:

Lembaga Pentadir Sekolah + Ibubapa + Guru-guru + Pewakaf/Penyumbang

       

Bidang Kuasa Ahli Lembaga Pentadbir

  1. Pengurusan Dana Infaq dan Harta Wakaf
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Infrastruktur
  4. Pembangunan Kurikulum
  5. Latihan dan Kepimpinan Guru (Sumber Manusia)
  6. Latihan dan Kepimpinan Ibubapa
  7. Rangkaian sekolah-sekolah swasta (Networking)

Bidang Kuasa Ibubapa ​

Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencapai Visi dan Misi sekolah.

Bidang Kuasa Guru-Guru ​

Terlibat dengan operasi harian sekolah untuk mencapai Visi dan Misi sekolah.