LIFE SKILLS: LATIHAN HARI KEUSAHAWANAN

Khalifah memupuk kemahiran berjual beli dalam Latihan Hari Keusahawanan sempena Life Skill hari ini 🤩 mereka berpeluang merasakan sendiri cara berurusan dengan pelanggan, menjaga wang hasil jualan dan mencatat rekod jualan.

Walaupun jualan hanya olok-olok dengan khalifah sendiri sebagai pelanggan dan guna duit “Saidina” saja, pendedahan kemahiran ini bagus ditekankan untuk memberi perspektif yang lebih luas terhadap mata pengusaha dan mata pengguna.