LIFE SKILLS: BENGKEL MELUKIS KARTUN

Untuk sesi istimewa Life Skill minggu lepas, khalifah berpeluang belajar melukis kartun daripada Ustaz Mohd Nasrullah Che Halim, lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Kartun 🤩 Sudah pasti ustaz membawakan tajuk “Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Seharian Berdasarkan Al-Quran” melalui kepakaran beliau; kartun dan komik untuk penyampaian yang lebih menarik.

 

Bukan khalifah sahaja yang belajar melukis hari ini, asatizah juga turut serta berguru melukis kartun dengan langkah-langkah mudah yang diajarkan ustaz, selain mendalami ibadah yang kita lakukan seharian. Jutaan terima kasih kepada ustaz, tetamu istimewa kita 💫

 

Tahniah kepada asatizah dan Ustaz Kartun bagi menjayakan program yang menarik, dan tidak kurang juga khalifah tersayang yang tekun mengikuti. Semoga khalifah dapat menyemai bakat dan minat baru, selain mengamalkan ibadah lazim yang membentuk keperibadian muslim yang soleh.

Â